Bahagian Bekalan Input Pertanian

1. Bantuan Angkutan Pedalaman - Apakah definisi Pengangkutan Kawasan Pedalaman?

Kawasan pedalaman adalah destinasi / tempat / lokasi yang hanya boleh dihubungkan lebih dari satu mode pengangkutan bagi kawasan di Semenanjung. Kesukaran menghubungi kawasan tersebut menyebabkan penyampaian bekalan benih dan baja tidak dapat disampaikan kepada pekebun kecil secara terus tetapi terpaksa melalui jalan darat yang sukar (seperti jalan pembalakan) atau jalan sungai / laut.

2. Bantuan Angkutan Pedalaman - Apakah bantuan yang disalurkan?

Pihak RISDA menyediakan bantuan bayaran pengangkutan bagi setiap pembekalan baja dan benih bagi Program Tanam Semula mengikut kawasan pedalaman yang telah diluluskan oleh pengurusan RISDA bagi RM ke-12.

3. Makmal Kultur Tisu RISDA - Apakah kelebihan menggunakan benih sawit kultur tisu berbanding benih sawit DxP?

Buah tandan segar yang dihasilkan dari benih sawit kultur tisu adalah lebih tinggi berbanding benih sawit DxP iaitu melebihi 30%. Produktiviti yang tinggi ini akan memberikan pendapatan yang lebih baik kepada pengguna.

4. Makmal Kultur Tisu RISDA - Apakah antara halangan penggunaan benih sawit kultur tisu?

Harga pasaran yang lebih tinggi berbanding benih sawit DxP.

(Benih sawit kultur tisu = RM40/pkk, benih sawit DxP = RM15/pkk)

5. Makmal Kultur Tisu RISDA - Berapakah harga pasaran benih sawit kultur

RM40

6. Makmal Kultur Tisu RISDA - Berapakah harga subsidi yang diberikan oleh Kerajaan?

Kerajaan memberi subsidi RM30 bagi menjadikan harga benih sawit kultur tissue lebih kompetitif untuk dipasarkan kepada Pekebun Kecil dengan harga RM10/pkk.

7. Stor Pusat RISDA (Stor Baja RISDA) - Berapakah bilangan stor Pusat RISDA di seluruh negara?

RISDA mengoperasikan 4 buah stor pusat RISDA yang berperanan membekalkan baja ke seluruh stor pusat tanggungjawab (STP)

8. Stor Pusat RISDA (Stor Baja RISDA) - Berapakah bilangan stor pusat tanggungjawab diseluruh negara?

RISDA mempunyai 59 stor PT di seluruh negara berperanan membuat pembekalan baja bagi program bantuan RISDA kepada pekebun kecil.

9. Pembinaan / Pembelian stor - Perancangan pembinaan stor pusat RISDA (SPUR) bagi tahun 2022

RISDA mempunyai perancangan untuk membangunkan sebuah SPUR di Pokok Sena, Kedah bagi membekalkan baja kepada pusat tanggungjawab zon utara yang berkapasiti 20,000 kps yang mampu memuatkan sebanyak 280,000 beg baja pada satu-satu masa.

10. Pembinaan / Pembelian stor - Perancangan pembinaan stor pusat tanggungjawab (spt) bagi tahun 2022

Risda mempunyai perancangan untuk membangunkan stor pusat tanggungjawab (SPT) sebanyak 6 buah seperti berikut:

  • Baling, Kedah
  • Betong, Sarawak
  • Tapah, Perak
  • Taiping, Perak
  • Titian Tinggi, Perlis
  • Marang, Terengganu

11. Pengesyoran bilangan beg baja program tanam semula - Berapakah bilangan beg baja bantuan tanam semula RISDA?

Ansuran Jenis Baja
dan Beg / Hektar
Bulan selepas menanam Jenis
Baja
Kadar baja sepokok
Gram Pot
1 Debu Fosfat (7 Beg) 0
(lubang tanaman)
Debu
Fosfat
113 1/3
RISDA 1 (27 Beg) 2 RISDA 1 75 1/5
5 RISDA 1 116 1/3
8 RISDA 1 136 2/5
11 RISDA 1 156 1/2
2 RISDA 1 (33 Beg) 15 RISDA 1 156 1/2
19 RISDA 1 231 2/3
23 RISDA 1 231 2/3
3 RISDA 1 (35 Beg)> 28 RISDA 1 306 7/8
33 RISDA 1 354 1
4 RISDA 1 (20 Beg) 39 RISDA 1 389 1 1/9
RISDA 4 (36 Beg) 45 RISDA 4 700 2
5 RISDA 4 (80 Beg) 52 RISDA 4 800 2 2/7
56 RISDA 4 800 2 2/7
JUMLAH 238

12. Tatacara pengurusan stor RISDA - Apakah pekelilingan atau panduan yang boleh dirujuk dalam pengurusan stor RISDA?

RISDA telah mengeluarkan garis panduan pengurusan stor melalui AKP Bil. 8 Tahun 2018 pindaan 1 bertarikh 20 Okt 2020 iaitu Tatacara Pengurusan Stor Pusat Tanggungjawab RISDA yang dirujuk Bersama pekeliling perbendaharaan Malaysia (1PP) melalui arahan pentadbiran Bil. 23 Tahun 2014 pindaan 1.

13. Pemerkasaan kawalan stok RISDA - Apakah inisiatif RISDA dalam menambahbaik kawalan stok seluruh negara?

BBIP dan Unit Integriti PKP telah mengeluarkan pekeliling pemeriksaan stok sebanyak 6 kali setahun bagi meminimakan risiko ketirisan stok melalui tatacara pengurusan stor terkini dan pelan anti rasuah RISDA.

14. Pengesyoran klon benih getah - Apakah klon benih getah yang dibekalkan oleh RISDA?

Klon benih getah yang dibekalkan oleh RISDA adalah seperti berikut:

  • Kumpulan 1: PB 350, PB 260, RRIM 928, RRIM 2001, RRIM 2002
  • Kumpulan 2: RRIM 2007, RRIM 2023, RRIM 2024

15. Pengesyoran klon benih getah - Apakah jangkaan hasil bagi klon-klon yang dibekalkan RISDA

Purata hasil (g/t/t) mengikut klon adalah seperti berikut:

Klon Tahun Penorehan Purata
(g/t/t)
CATATAN
1 2 3 4 5 6
RRIM 928 42.9 58.7 58.8 61.6 47.2 54.2 53.9 Data bagi Kumpulan 1
berdasarkan enam tahun
pertama penorehan di LSCT
RRIM 2001 45.6 54.0 53.0 57.5 66.5 76.4 58.8
RRIM2002 43.8 53.7 55.0 54.1 65.2 48.1 53.3
PB 260* 39.3 47.5 54.8 53.4 54.9 63.3 52.2
PB 350* 54.5 54.8 53.5 59.7 54.1 67.5 57.4
RRIM 2007 63.5 73.6 81.6 77.6     74.1 Data bagi Kumpulan 2
berdasarkan empat tahun
pertama penorehan di LSCT
RRIM 2023 54.1 63.1 59.5 64.6     60.3
RRIM 2024 40.7 52.5 55.0 59.2     51.9
PB 347 50.9 58.3 52.1 50.5     53.0
PB 373 70.2 88.8 105.4 61.1     81.4
PB 374 67.9 74.7 85.6 78.4     76.7
RRIM 3001 45.6 63.8 55.5 59.9     56.2

Rujukan: Pengesyoran Klon LGM 2021

16. Pengesyoran klon benih getah - Apakah ukurlilit yang boleh dicapai bagi setiap klon yang dibekalkan RISDA

Purata Ukurlilitan Tahunan dan Pertambahan Ukurlilitan Sebelun dan Semasa Torehan mengikut klon adalah seperti berikut:

Kumpulan
Klon
Tahun Tanam Ukurlilitan (cm)
Pertambahan ukurlilit (cm/tahun)
2
3
4
5
6
Sebelum
torehan
Semasa
torehan
1
RRIM 928
13.4
23.0
35.8
44.1
48.0
8.7
3.7
RRIM 2001
13.9
23.4
33.3
41.1
47.5
8.4
3.9
RRIM2002
15.1
25.9
36.6
44.7
50.5
8.9
2.8
PB 260*
15.4
28.4
43.3
51.0
53.4
11.9
3.0
PB 350*
13.1
22.2
34.6
42.4
46.4
8.3
2.3
2
RRIM 2007
16.9
29.3
38.0
45.9
48.9
9.7
2.3
RRIM 2023
13.3
23.1
34.6
41.5
49.6
9.1
3.0
RRIM 2024
14.7
25.1
36.2
43.8
51.3
9.2
3.5
PB 347
12.2
21.2
33.8
41.2
44.8
8.2
2.0
PB 373
15.3
27.0
35.9
43.0
49.0
9.0
2.0
PB 374
15.9
28.3
38.7
46.0
52.0
9.4
2.6
RRIM 3001
16.8
27.5
39.7
48.6
56.3
9.9
2.7

 

Bahagian Pengembangan & Pemindahan Teknologi

1. Kampung kami terpilih menjadi Kampung Pengembangan RISDA. Apakah kelebihan yang kami akan dapat?

Kampung Pengembangan RISDA akan menjadi model pembangunan setempat dan tumpuan bagi pelaksanaan program-program pembangunan RISDA. Setiap Kampung Pengembangan RISDA akan diberi peruntukan bagi menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan Kampung Pengembangan.

2. Baru-baru ini saya mendapati kebun getah saya banyak daun yang gugur dan terdapat tompok-tompok di permukaan daun. Apa yang perlu saya lakukan?

Pada masa ini terdapat beberapa jenis penyakit yang mengakibatkan daun getah luruh antaranya ialah penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis yang sedang melanda negara. Sekiranya kebun terjejas dengan keadaan ini, RISDA akan melaksanakan semburan racun bagi mencegah dan mengawal penyakit ini. Sila berhubung dengan Pejabat RISDA yang berhampiran untuk semakan dan pengesahan lanjut.

3. Saya baru kehilangan pekerjaan akibat kegawatan ekonomi. Adakah RISDA menawarkan peluang pekerjaan?

RISDA menyediakan program  Tenaga Kerja Pekebun Kecil (TKPK) bagi memberi pendedahan dan latihan kepada pekebun kecil berkaitan industri getah. Peserta diberi bimbingan selama 2 bulan secara teori dan praktikal di Pusat Latihan RISDA dan berpeluang untuk bekerja di ladang-ladang getah Kumpulan RISDA Holdings di seluruh negara.

4. Bilakah masa yang sesuai untuk saya membaja pokok getah?

Pokok getah memerlukan baja sebagai sumber makanan. Baja mengandungi nutrien yang diperlukan oleh pokok getah bagi berfungsi dengan baik. Masa membaja yang disyorkan ialah dalam masa 100 hari selepas ranggasan daun, sebaik sahaja daun muda keluar dan elakkan membaja pada musim hujan.

5. Adakah RISDA menawarkan bantuan pelajaran kepada anak-anak Pekebun Kecil?

RISDA menyediakan bantuan pelajaran secara percuma melalui program Tuisyen Rakyat kepada anak-anak pekebun kecil yang akan menduduki SPM di sekolah yang terpilih.

6. Bagaimanakah kami pekebun kecil ingin mendapatkan maklumat berkaitan program-program RISDA?

RISDA menyediakan beberapa platform kepada pekebun kecil bagi mendapatkan maklumat berkaitan program-program RISDA seperti Laman Web RISDA, FB RISDA dan Youtube RISDA TV. Selain itu, RISDA juga menganjurkan Hari Terbuka Keluarga RISDA sebagai satu kaedah penyampaian maklumat kepada pekebun kecil.

7. Apakah peranan RISDA dalam membantu Koperasi Pekebun Kecil (KPK)?

RISDA telah menubuhkan Koperasi Pekebun  Kecil (KPK) sejak tahun 1980 dan berperanan sebagai pemudahcara dan pembimbing kepada KPK dalam melaksanakan aktiviti perniagaan yang menjana pendapatan serta memberi manfaat kepada anggota. Selain itu, RISDA menjalin hubungan kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membincangkan isu dan masalah berkaitan dengan KPK.

8. Apakah program-program yang dilaksanakan oleh RISDA bersama ahli isi rumah pekebun kecil khususnya wanita?

RISDA telah melaksanakan aktiviti Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) bersama isteri dan anak-anak pekebun kecil dengan memberi latihan dan kursus dalam bidang pendidikan,khidmat masyarakat, keagamaan, kebudayaan, kesenian, sukan, ekonomi dan keusahawanan.

9. Apakah teknologi yang disyorkan bagi mengatasi masalah penyakit akar putih?

RISDA telah memperkenalkan penggunaan Bahan Bio Organik ESPEK dan Trichoderma sp (BBOE Tricho) sebagai salah satu alternatif bagi merawat penyakit akar putih selain penggunaan sulfur (belerang). Secara umumnya penggunaan BBOE Tricho dapat meningkatkan kesuburan tanah dan kawalan biologi untuk pelbagai jenis penyakit kulat.

 

Bahagian Latihan

1. Apakah jenis - jenis kursus pekebun kecil yang ditawarkan oleh RISDA?

RISDA menawarkan kursus bidang teknikal kepada pekebun kecil yang berminat seperti kursus getah muda/matang, kursus kemahiran, kursus agromakanan, TVET umum dan operator getah sepertimana maklumat di takwin yang disediakan. Takwin tersebut boleh dilihat melalui portal rasmi RISDA di bawah paparan pekebun kecil melalui alamat url: https://www.risda.gov.my.

2. Adakah terdapat tawaran bantuan kewangan untuk memulakan sesuatu projek selepas menghadiri kursus pekebun kecil yang dianjurkan oleh RISDA?

Tiada bantuan kewangan disediakan oleh RISDA. Walau bagaimanapun, RISDA ada menyediakan khidmat nasihat teknikal tentang cara - cara untuk memulakan sesuatu projek yang berkaitan dengan kursus tersebut.

3. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mengikuti kursus-kursus anjuran RISDA

Tiada bayaran dikenakan dan semua kursus pekebun kecil adalah percuma.

4. Had umur kursus?

Permohonan kursus untuk kursus-kursus pekebun kecil anjuran RISDA terbuka kepada pemohon berumur 18 tahun dan ke atas. Pemohon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik serta seorang warganegara Malaysia.

5. Bagaimanakah cara mendaftar untuk mengikuti kursus pekebun kecil anjuran RISDA

Semua pekebun kecil yang berminat untuk mengikuti  kursus di lokasi yang disediakan boleh menghubungi/ datang sendiri ke pejabat RISDA yang berhampiran untuk berdaftar.

 

Bahagian Inspektorat dan Audit Dalam

1. Apakah skop auditan BIAD?

Terdapat 4 skop yang terlibat bagi auditan di BIAD iaitu terdiri daripada skop tadbir urus, kewangan, aset dan program pembangnunan RISDA terutama Program Tanam Semula.

2. Siapakah keanggotaan Jawatankuasa Audit RISDA?

Keanggotaan Jawatankuasa Audit RISDA terdiri daripada wakil Kementerian Pembangunan Luar Bandar selaku pengerusi, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pertanian dan lndustri Makanan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta wakil dari Sektor Pekebun Kecil. Keahlian adalah seramai 6 orang.

3. Berapakah kekerapan auditan di BIAD?

Kekerapan pelaksanaan auditan di BIAD akan dilakukan sekurang - kurangnya 1 kali setiap PT dalam tempoh setahun.

4. Berapa lamakah jarak tempoh bagi auditan susulan dilaksanakan semula?

Jarak tempoh bagi satu tajuk auditan susulan dilaksanakan semula adalah selepas 1 tahun. Auditan susulan akan dilaksanakan bagi memastikan tindakan pembetulan dan penambahbaikan telah dilaksanakan oleh PT.

5. Apakah peranan Bahagian lnspektorat dan Audit Dalam di RISDA?

Peranan Bahagian lnspektorat dan Audit Dalam adalah bertindak sebagai satu fungsi bebas dengan objektif untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

 

Bahagian Pembangunan Usahawan

1. Nyatakan 3 program utama dalam Model Keusahawanan RISDA

1. Entry Point Project (EPP)
2. Pengembangan Perniagaan (P1)
3. Pemasaran (P2)

2. Apakah yang terkandung dalam Program Pembangunan Usahawan?

1. e-REKRUTMEN
2. RRaPUP (LATIHAN & BIMBINGAN)
3. REDS2.0
4. GUIDE BOOK USAHAWAN

3. Apa itu RRaPUP?

RRaPUP bermaksud Rapport, Upgrade, Perfomance iaitu Program Bimbingan dan Latihan Keusahawanan RISDA

4. Ada berapa jenis Program AET?

1. AET Start-up dan Nano
2. AET Integrator
3. AET-TS
4. AET Restart
5. AET Belia

5. Secara ringkas, apakah tujuan Program Groom Big?

Meningkatkan pengeluaran produk/ perkhidmatan usahawan

6.Sila berikan contoh program bagi pemasaran B2B dan B2C

Contoh 1:
B2B – Program Pemasaran Petronas, RisSMart

Contoh 2:
B2C – Karnival/ ekspo

7. Ada berapa kategori usahawan yang digunapakai di RISDA?

1. Pico
2. Nano
3. Mikro
4. Kecil
5. Sederhana

 

Bahagian Tanam Semula dan Perladangan

1. Apakah syarat-syarat bagi pekebun kecil iaitu pemilik tanah di bawah 40 hektar untuk menyertai program atau memohon bantuan RISDA ini?

Syarat untuk memohon bantuan RISDA, bagi program Tanam Semula Getah hendaklah :
  1. Dikalangan warganegara Malaysia
  2. Mempunyai tanah dengan keluasan minimum 0.1 hektar dan keluasan maksimum kurang dari 40 hektar. Pada tanah tersebut juga hendaklah mempunyai pokok getah bertoreh; ataupun pokok getah tua yang tidak ekonomik; ataupun sekiranya tiada pokok getah, tapi mengandungi tunggul getah tua; ataupun lain-lain bukti atau dokumen rasmi yang mengesahkan ada pokok getah.
  3. Tanah yang dimohon hendaklah mempunyai geran milikan yang sah
  4. Bagi tanah yang tidak memiliki hakmilik mestilah mendapatkan pengesahan pemilikan dari Pejabat tanah atau Agensi Kerajaan.

2. Bolehkah pemilik tanah yang tidak mengusahakan getah atau tiada pokok getah tua serta tiada bukti ada pokok getah untuk memohon bantuan RISDA?

Bagi kebun atau tanah yang tiada pokok getah, RISDA ada melaksanakan perluasan skop bagi Program Tanam Semula bagi tujuan supaya pekebun kecil yang memiliki tanah kosong atau tanah selain bertanam getah untuk mendapatkan bantuan tanam semula dengan tanaman getah.

Syarat untuk memohon bantuan RISDA, bagi program Tanam Semula Getah (perluasan skop) ini hendaklah :

  1. Dikalangan warganegara Malaysia
  2. Memiliki tanah keluasan minimum 0.1 hektar dan keluasan maksimum kurang daripada 5 hektar bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah.
  3. Syarat guna tanah hendaklah ditukarkan kepada tanaman getah. Pemohon hendaklah mengemukakan resit bayaran tukar syarat guna tanah dari Pejabat Tanah dan Galian
  4. Pemilik tanah hendaklah memilik geran hakmilik yang sah
  5. Sekiranya tanah pemohon diuruskan oleh mana-mana agensi selain dari RISDA, pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dari Agensi Mengurus tersebut terlebih dahulu.
  6. Pemohon juga hendaklah bersetuju untuk menandatangani Surat Akujanji Penyertaan Program Tanam Semula sekiranya ingin mendapatkan bantuan ini dan;
  7. Jenis tanaman yang dibenarkan adalah tanaman getah sahaja

Program ini hanya dibuka kepada pemilik tanah di Seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah sahaja, ini adalah kerana di Sarawak, kerajaan negeri Sarawak sudah mempunyai agensi mengurus yang bertanggungjawab mengusahakan tanah kosong ini

3. Bagi mereka yang memohon bantuan serta program Tanam Semula ini, apakah kaedah tanam semula getah yang dilaksanakan di RISDA ini?

Terdapat 2 kaedah atau pendekatan tanam semula di RISDA iaitu secara individu atau secara berkumpulan.

Bagi tanam semula secara individu syaratnya adalah sama seperti yang telah dinyatakan tadi, tapi bagi tanam semula secara berkumpulan hendaklah disertai oleh sekurang-kurangnya 8 orang peserta atau pekebun kecil dan keluasan minimum seluas 10 hektar.

Tanam Semula Secara berkumpulan boleh dilaksanakan melalui Tanam Semula Berkelompok iaitu diuruskan oleh peserta itu sendiri;

Ataupun secara Tanam Semula Agensi iaitu diuruskan oleh Agensi Selain daripada RISDA contohnya FELCRA, FELDA dan lain-lain lagi;

Ataupun Tanam Semula Komersil iaitu diuruskan oleh Syarikat Milikan RISDA itu sendiri.

4. Memohon bantuan tanam semula RISDA ini, berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan?

Kadar Bantuan Tanam Semula RISDA dalam Rancangan Malaysia yang Ke 12.

Kadar baharu bantuan Tanam Semula RISDA adalah sejumlah :

  1. RM 13,710 per hektar bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia;
  2. RM 14,805 per hektar bagi Negeri Sarawak dan;
  3. RM 14,955 per hektar bagi Negeri Sabah

Kadar bantuan ini akan diberikan secara lima kali ansuran/selama 5 tahun.

5. Selain bantuan bekalan input pertanian, bayaran kos pembangunan kebun getah, kos penyelenggaraan kebun dan bimbingan serta tunjuk ajar oleh Pegawai Lapangan RISDA, adakah bantuan lain yang boleh pekebun kecil?

Dalam tempoh 5 tahun, RISDA ada program atau bantuan lain yang boleh diberikan kepada pekebun kecil menyertai program tanam semula.

Dari Bahagian Tanam Semula dan Perladangan sendiri, ada menyediakan program Prasarana Asas Pertanian.

Program ini memberikan pembangunan infrastruktur pertanian di kebun yang sedang dibangunkan. Antara komponen program Prasarana Asas Pertanian ini adalah :

  1. Jalan Pertanian – bagi menyediakan kemudahan jalan pertanian kepada pekebun kecil untuk kerja pembangunan kebun atau memudahkan pekebun kecil untuk berulang alik ke kebun untuk kerja-kerja menyelenggarakan kebun
  2. Pembetung dan Parit – akan membina laluan menggunakan culvert bagi kebun yang mempunyai parit atau membina parit bagi tujuan sempadan atau kawalan makhluk perosak
  3. Komponen lain untuk program Prasarana Asas Pertanian adalah pembinaan jambatan, pelindung tanaman dan pagar – sekiranya laluan ke kebun perlu merentasi sungai, ataupun pagar bagi menghalang haiwan ternakan atau makhluk perosak tadi dari masuk ke kebun.

Program seterusnya dari Bahagian Tanam Semula Dan Perladangan adalah Bantuan Tabung Pelancaran. Program Bantuan Tabung Pelancaran ini adalah khusus untuk pekebun-pekebun kecil yang membangunkan kebun secara berkumpulan iaitu Tanam Semula Berkelompok (TSB) atau Tanam Semula Komersil (TSK). Bantuan sejumlah RM 2,000 akan diberikan secara one-off kepada Jawatankuasa TSB tadi untuk menggerakkan jawatankuasa projek dalam melancarkan pengurusan projek TSB atau TSK tadi.

6. Bilakah saya boleh membuat permohonan tanam semula?

Permohonan tanam semula boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja kerana permohonan terbuka sepanjang tahun.

7. Saya baru sahaja membeli tanah daripada seorang pekebun kecil. Mengikut kata pemilik lama beliau telah membuat permohonan tanam semula tetapi belum menerima kelulusan. Apakah yang perlu saya lakukan?

Tuan hendaklah memberitahu pejabat RISDA yang berkenaan mengenai jual beli tanah yang berkaitan. Tuan perlu membuat permohonan baru kerana permohonan oleh pemilik lama dikira batal kerana beliau tidak lagi memiliki tanah tersebut.

8. Saya telah membeli tanah yang mempunyai beberapa batang pokok durian, mengikut kata pemilik lama tanah ini pernah menerima bantuan tanam semula beberapa tahun lalu. Beliau tidak ingat berapa kali ansuran bantuan telah diterimanya. Saya ingin tahu sama ada saya boleh menerima bantuan sekiranya bantuan masih ada dan bagaimana caranya?

Tuan perlu memberitahu pejabat RISDA yang berkenaan mengenai jual-beli tanah tersebut. Jika bantuan tanam semula belum habis dibayar, baki ansuran berikutnya akan dibayar kepada tuan tanpa perlu tuan membuat permohonan baru. Walau bagaimanapun, sekiranya bantuan tanam semula telah habis dibayar kepada pemilik lama, tiada tindakan selanjutnya diambil oleh RISDA.

9. Saya telah membuat permohonan tanam semula dan menerima kelulusan permohonan bantuan tanam semula tetapi saya tidak mengusahakan kerja tanam semula atas tanah saya itu. Apakah saya telah melakukan satu kesalahan?

Jika telah menerima kelulusan permohonan bantuan tanam semula, tuan tidak mengusahakan kerja tanam semula di atas tanah tuan dalam tempoh yang ditetapkan pada kelulusan permohonan tersebut dan tuan tidak memberitahu pejabat RISDA yang berkenaan sebab-sebabnya, permohonan tuan boleh ditolak / dibatalkan. Jika keadaan ini berterusan hingga melebihi dua tahun, permohonan tuan terbatal dengan sendirinya dan sekiranya tuan ingin pula meneruskan kerja tanam semula, tuan hendaklah membuat permohonan baru dan menunggu kelulusan permohonan bantuan tanam semula yang baru.

10. Apakah yang dimaksudkan dengan tanam semula berkelompok (TSB)?

Tanam Semula Berkelompok atau nama ringkas (TSB) adalah satu kaedah Pengurusan Tanam Semula di mana kebun-kebun berdekatan digabung untuk ditanam semula secara bersama dan serentak yang diuruskan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik di kalangan pemilik-pemilik kebun yang terlibat .

11. Apakah syarat- syarat utama penubuhan tanam semula berkelompok?

Syarat-syarat penubuhan sesebuah Tanam Semula Berkelompok adalah seperti berikut:
  1. Terdapat sekurang-kurangnya lapan (8) peserta yang sanggup memberi kuasa kepada Pengerusi Jawatankuasa TSB sebagai wakil kuasa untuk menerima bantuan tanam semula (tunai dan mata benda) bagi pihak mereka.
  2. Satu Jawatankuasa TSB hendaklah dipilih di dalam mesyuarat agung tahunan yang terdiri daripada di kalangan peserta TSB tersebut.
  3. Mestilah wujud sebuah jawatankuasa yang dilantik untuk menguruskan pembangunan TSB bersama peserta.
  4. Kawasan TSB tersebut terletak dalam satu blok yang berhampiran yang layak menerima bantuan tanam semula/tanam baru.
  5. Luas minima TSB sekurang-kurangnya sepuluh (10) hektar.
  6. Ketua Pusat Tanggungjawab bersetuju untuk membangunkan kawasan itu sebagai TSB.

12. Apakah yang dimaksudkan dengan Tanam Semula Komersil (TSK)?

Tanam Semula Komersil (TSK) adalah satu kaedah menanam semula melalui penyatuan kebun-kebun kecil yang diuruskan dari peringkat pembangunan sehingga pengeluaran dan pemasaran secara cekap dan menguntungkan.

13. Apakah syarat-syarat penyertaan/ penubuhan Tanam Semula Komersil (TSK)?

Bagi mendapatkan penyertaan pekebun kecil dan menubuhkan sesebuah TSK syarat-syarat berikut telah ditetapkan:-
  1. Sesebuah TSK tidak boleh kurang daripada 40 hektar dari segi keluasan.
  2. Pekebun kecil hendaklah bersetuju menandatangani perjanjian dengan RPSB. (Setelah menandantangani perjanjian, pekebun kecil di dalam TSK dikenali sebagai tuan tanah.
  3. Jawatankuasa Ladang (JKL) Jawatankuasa Pembangunan Ladang di peringkat tuan tanah perlu diwujudkan atau mengikut mana-mana peraturan yang sedang berkuatkuasa. Penyaluran maklumat antara RISDA/RPSB dengan tuan tanah adalah melalui Jawatankuasa Ladang yang dibentuk .
  4. Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan TSK Peringkat Negeri dan Peringkat Daerah/ Jajahan/ Bahagian antara RISDA dan RPSB perlu ditubuhkan mengikut struktur dan tugas.
  5. PRN/PRD/PRJ/PRB juga hendaklah berperanan ke atas pelaksanaan TSK.
  6. Tuan tanah hendaklah bersetuju melantik RPSB sebagai wakil kuasa untuk menerima bantuan tanam semula bagi membiayai kos pembangunan TSK.
  7. Tuan tanah boleh membenarkan RPSB menggunakan duit daripada jualan kayu getah sebagai sebahagian daripada pembiayaan sekiranya perlu.
  8. RISDA dan RPSB bersama-sama berhak untuk menerima atau menolak mana-mana kawasan yang tidak sesuai untuk dibangunkan sebagai TSK.
  9. Apabila tuan tanah telah memilih sesuatu kaedah pengurusan (pengagihan pulangan/bayaran dividen) mengikut surat perjanjian yang berkaitan, mereka tidak boleh menukar kepada kaedah lain kecuali kesemua tuan tanah dalam TSK yang berkenaaan bersetuju dan RPSB meluluskannya.

14. Apakah tujuan Tanam Semula Komersil (TSK) Diwujudkan?

Antara tujuan utama Tanam Semula Komersil (TSK) diwujudkan adalah:-
  1. Untuk memberi manfaat kepada pekebun kecil dari segi kemudahan pengurusan professional dan pembiayaan pembangunan tanah mereka.
  2. Untuk membangun dan memajukan tanah pekebun kecil melalui penyatuan tanah mereka menjadi satu kawasan yang lebih ekonomik dan diuruskan secara professional.
  3. Untuk mengembleng semua sumber dan mengawal perbelanjaan bagi memaksimumkan pulangan secara berterusan kepada pekebun kecil.
  4. Untuk mengadakan tenaga kerja mahir sepenuhnya.
  5. Untuk mempercepatkan penggunaan teknologi yang berkesan dalam semua bidang.
  6. Untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi.
  7. Untuk mempercepatkan kecekapan pemasaran.

 

Untuk sebarang pertanyaan lain, sila klik disini

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

    Warna Tema:  
    color black  color green  color red  color blue