• peningkatan ekonomi
  • Berikutan harga komoditi getah yang tidak menentu, RISDA menggalakkan Pekebun Kecil berusaha menceburi bidang lain sebagai sumber pendapatan tambahan selain hasil tanaman komoditi. Bagi merealisasikan hasrat ini, RISDA melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan menggalakkan Pekebun Kecil melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Bagi memantapkan pelaksanaan program ini, RISDA telah merancang dan menetapkan pelan tindakan baru Program Aktiviti Ekonomi Tambahan yang lebih berkesan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil. Pelan tindakan baru ini dirangka bagi mencapai objektif RISDA agar pekebun kecil memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM 4,000.00 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2020.

    Dalam usaha untuk memantapkan lagi pelaksanaan Program AET ini, transformasi baru dibuat dan fokus program diberi tumpuan kepada 4 bidang utama iaitu Perkhidmatan, Makanan, Pembuatan dan Pertanian. Transformasi ini diharap dapat memperbaiki kualiti hidup pekebun kecil disamping membantu pekebun kecil dalam meningkatkan pendapatan keluarga.
    aet bpuKELAYAKAN PEMOHON
    1. Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil warganegara Malaysia ataupun isteri/suami/anak mengikut Daftar Banci RISDA dan keutamaan diberi kepada individu yang berada dalam kumpulan B40
    2. Mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang yang hendak diceburi.
    3. Pemohon mesti berkeupayaan melaksanakan projek secara sepenuh masa
    4. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal / kemahiran / kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan projek.
    5. Hanya penoreh yang berdaftar dengan RISDA sahaja layak untuk memohon projek Laman Kebun (Bantuan Sara Hidup).

    KADAR BANTUAN
    1. Had maksimum bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan bagi semua bidang adalah RM20,000 bagi setiap keluarga Pekebun Kecil.
    2. Bagi penerima AET sebelum Tahun 2016, had maksimum bantuan tambahan adalah RM10,000

    TATACARA PERMOHONAN
    Semua permohonan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan perlu diisi menggunakan format Borang Permohonan seperti di Lampiran 1. Borang permohonan ini juga perlu disertakan dengan Kertas Kerja Pelan Perniagaan seperti di Lampiran 2.

    Borang-borang berkaitan AET
    1.  Borang Permohonan Bantuan AET
    2.  Borang Setuju Terima Program AET
    3.  Surat Akuan AET
    4. Surat Status Permohonan AET
    5.  Format Kertas Kerja Projek AET
  • pembangunan produk bpu
  • pemasaran bpu
  • promosi bpu
  • tpsepk bpu
  • jaringan strategik bpu

    Kelab Usahawan RISDA (RISEC)

    Tujuan
    Kelab Usahawan RISDA atau RISDA Entrepreuners Club (RISEC) ditubuhkan bertujuan untuk membina rangkaian kerjasama antara semua usahawan RISDA di seluruh negeri dan mewujudkan satu pelan pelaksanaan pembangunan usahawan pekebun kecil yang lebih terancang, sistematik dan terselaras.

    Matlamat
    Melahirkan 10,000 orang usahawan pekebun kecil yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan menjelang 2015 akan menjadi ahli gabungan kepada GABEM.

    Objektif

    1. Membina rangkaian dan kerjasama erat di antara semua usahawan RISDA.
    2. Menjalin hubungan yang lebih erat antara usahawan dengan RISDA.
    3. Melaksana bimbingan yang terancang dan terselaras
    4. Melibatkan diri dalam program anjuran pihak kerajaan, NGOs dan swasta.
    5. Menyuntik minat pekebun kecil lain menjadi usahawan.
    6. Memupuk sikap "mabuk kerja" di kalangan usahawan supaya sentiasa mengejar kejayaan.
    7. Menjadi usahawan luar biasa yang berkeyakinan tinggi.

    Definisi Usahawan RISDA
    "Pekebun kecil yang memiliki/mengusahakan sesebuah perniagaan/perusahaan yang beroperasi secara bersendirian atau berstatus majikan dan sanggup menanggung risiko" dan ia perlu selaras dengan Akta RISDA 2009."

    Kategori Usahawan
    Usahawan dibahagikan kepada empat kategori iaitu usahawan kadet, usahawan mikro, usahawan kecil dan usahawan sederhana.

     Kategori Usahawan  Jumlah Jualan Tahunan (RM)  Bilangan Pekerja Sepenuh Masa (Orang)
     Kadet  < 14,400  < 3
     Mikro  14,400 - 200,000  3 - 4
     Kecil  200,000 - 1 juta  5 - 19
     Sederhana  1 juta - 5 juta  20-50
     
    Aktiviti-Aktiviti Keusahawanan  Seseorang pekebun kecil boleh diiktiraf sebagai usahawan pekebun kecil apabila terlibat dengan aktiviti-aktiviti berikut :-

      Aktiviti Pembangunan Produk dan Perkhidmatan
      Aktiviti Peningkatan Kualiti Produk
      Aktiviti Pengurusan Ladang (Getah,Sawit)
      Aktiviti Pemasaran dan Promosi
      Aktiviti Homestay/TASKA
      Aktiviti Pengurusan Tapak semaian
      Lain-lain aktiviti yang berkaitan industri getah dan sawit di bawah RISDA
     Bidang Perusahaan  Bidang Perusahaan Antara Bidang Perusahaan :-

      Getah
      Sawit
      Ternakan
      Tanaman
      Makanan Ringan
      Makanan Sejuk Beku
      Roti & Kek
      Kraf Daun Getah
      Kraftangan
      Perkhidmatan
     Program Yang Boleh Diatur Oleh Kelab Usahawan RISDA  Antara program yang diatur :-

      Program Pembudayaan Keusahawanan
      Program Tambah Nilai Produk
      Program Pemasaran dan Promosi
      Program Integrasi Usahawan
     Jaringan Kerjasama  Jaringan Kerjasama:-

      GABEM
      SIRIM
      DUID
      MARDI
      SME'S BANK
      MATRADE
      SMIDEC
      LAIN-LAIN
     
    Kriteria Keahlian
    Bagi memastikan kelancaran pemilihan dan penerimaan setiap usahawan sebagai ahli Kelab Usahawan RISDA, beberapa kriteria perlu dipenuhi bagi memudahkan semua pihak membuat pemilihan yang betul iaitu;

    Warganegara Malaysia
    Pekebun Kecil dan individu yang selaras dengan Akta baru RISDA
    Usahawan yang sekurang-kurangnya bertaraf mikro dan ke atas. Semua pusat tanggungjawab perlu membuat pemantapan bagi Kadet usahawan yang telah naik taraf bagi membolehkan diterima menjadi ahli kelab.
    Mengemukakan permohonan
    Permohonan disahkan oleh PRN/PRD/PRJ/PRB
    Permohonan keahlian daripada anak syarikat perlu dimajukan kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan untuk dipanjangkan kepada PRN/PRD/PRJ/PRB yang berhampiran untuk pertimbangan menjadi ahli kelab negeri.
    Mendapatkan kad keahlian yang akan dikeluarkan oleh RISEC Negeri yang mana sah laku dalam tempoh setahun.

    Permohonan menjadi ahli Kelab Usahawan RISDA

    Borang permohonan (BPU/PKN A Pin.2) disediakan bagi memudahkan pendaftaran usahawan sebagai ahli kelab. Setiap permohonan perlu diisi dengan lengkap dan disahkan dan diluluskan sebagai ahli kelab oleh Pengarah RISDA Negeri.
    Salinan kelulusan hendaklah dihantar ke Bahagian Pembangunan Usahawan untuk dimasukkan ke dalam direktori Usahawan.

    Kad Keahlian Kelab Usahawan RISDA

    Sekeping Kad Pengenalan sebagai ahli kelab usahawan RISDA perlu dikeluarkan oleh Kelab Usahawan Negeri kepada setiap permohonan yang telah diluluskan.

    Pembatalan sebagai ahli kelab

    Keahlian akan digugurkan apabila projek ahli disahkan gagal, tidak lagi menjadi usahawan dan terlibat dengan jenayah. Ahli perlu mengembalikan kad keahlian jika belum tamat tempoh.


    Faedah Kepada Ahli

    Lawatan Industri di dalam atau luar negara.
    Peluang menghadiri seminar, kursus atau latihan teknikal terpilih.
    Menjadi mentor atau penceramah dalam kursus keusahawanan,
    Menerima bantuan dan pinjaman modal pengurusan dan teknikal.
    Mendapatkan networking dan sinergi antara pengeluar, pemborong, pengedar dan peruncit.
    Mendapat hebahan dalam media RISDA seperti Suara RISDA, Success Story atau laman Web RISDA.

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

    Bahagian Pembangunan Usahawan
    Ibu Pejabat RISDA,
    Bangunan RISDA,
    Km 7, Jalan Ampang,
    Karung Berkunci 11067,
    50990 Kuala Lumpur.
    Tel: 03-4256 4022
    Fax: 03-4256 7944
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. usahawan[at]risda[dot]gov[dot]my

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

    Warna Tema:  
    color black  color green  color red  color blue