Latar Belakang

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

  1. Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972
  2. Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

"Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara."

Abdullah bin Abdul Kadir, KMN
Pengerusi / Ketua Pengarah RISDA
Upacara Pelancaran Rasmi RISDA pada 8 Februari 1973

Sejarah

Ucapan Perasmian Y.A.B Tun Hj. Abd. Razak Bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia, di upacara Pelancaran Rasmi, RISDA pada 8 Februari, 1973.

Dengan tertubuhnya RISDA, terwujudlah sebuah organisasi yang khusus untuk membimbing sektor pekebun kecil ke arah kemajuan dan perkembangan ekonomi dan sosial, RISDA juga akan menentukan perusahaan getah asli negara ini bertambah teguh dan stabil.

Kerajaan memandang mustahak mengadakan satu dasar dan strategi baru bagi memajukan sektor pekebun kecil dan berasaskan ini, RISDA ditubuhkan.

Sebagaimana dimaklumkan, RISDA bertanggungjawab ke atas semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil. Ini termasuklah memodenkan pekebun kecil dengan menggunakan sepenuhnya hasil-hasil penyelidikan dan kemajuan teknik dalam penanaman getah serta memprosesnya dan seterusnya berusaha bersama MARDEC mengadakan satu sistem pemasaran yang cekap bagi pekebun-pekebun kecil. Tetapi yang amat penting lagi ialah menanamkan sikap baru dan konsep moden bagi sektor pekebun kecil sesuai dengan keadaan hari ini.

Dengan ini nyatalah bahawa unsur-unsur pembaharuan semestinya menjadi asas yang kukuh kepada konsep RISDA supaya membolehkan semua pekebun kecil kita menggunakan amalan-amalan yang moden bagi meninggikan mutu pengeluaran getah serta mendapat hasil yang lebih tinggi.

Saya juga telah mengarahkan RISDA supaya mengadakan satu "Integrated Approach" terhadap semua masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil. Pada masa yang lampau masalah pekebun kecil dikendalikan oleh beberapa pertubuhan iaitu Lembaga Perusahaan Getah (Tanam Semula), Pusat Penyelidikan Getah (RRI) dan juga MARDEC. Semua ini sekarang akan dikendalikan oleh RISDA. Dengan ini bolehlah dijalankan perlaksanaan secara paduserentak akan hasil-hasil penyelidikan yang dijalankan RRIM dan juga sistem pemasaran yang dijalankan oleh MARDEC untuk manfaat semua pekebun kecil di negara ini. Dengan cara "Integrated Approach" inilah maka RISDA akan mempastikan bahawa sektor pekebun kecil yang diperbaharui dalam semua aspek untuk meninggikan taraf ekonomi pekebun-pekebun kecil dan memberikan kehidupan yang lebih sempurna.

Soal membaiki keadaan ekonomi pekebun kecil berhubung erat dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Maka itu RISDA akan berkerjasama dengan semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam ertikata sepenuhnya. Tidak syak lagi RISDA akan memainkan peranan penting di dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru terutama dari segi penyusunan semula masyarakat.

Akhirnya saya mengharapkan bahawa dengan pelancaran RISDA ini usaha-usaha kita dapat ditumpukan dengan sepenuhnya kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil dan membaiki kedudukan mereka. Marilah kita berdoa mudah-mudahan hasrat dan cita-cita melalui usaha-usaha RISDA yang murni itu berjaya sepenuhnya.

Objektif

  Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan Kolektif RM4,500 Sebulan Sekeluarga Pada Akhir Tahun 2025.

Fungsi

Melaksana dasar dan program pembangunan;

Menyelaras Skim yang diluluskan;

Melaksana pembaharuan penyelidikan;

Menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi;

Memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan;

Menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi;

Menggalakkan pemasaran getah yang cekap;

Melibatkan diri dalam perdagangan getah;

Merancang pembangunan industri getah dan Pekebun Kecil;

Melaksanakan program latihan dan pendidikan;

Menyebar perangkaan dan menyeggara rekod;

Menyelaras dengan Negeri-negeri dan badan dalam/luar Negara;

Bekerjasama dengan Agensi Kebangsaan lain berkaitan getah;

Merancang dan laksana aktiviti peningkatan kesejahteraan dan ekonomi;

Memastikan sektor Pekebun Kecil dimodenkan;

Melakukan perkara yang membolehkan fungsi dilaksana.

Misi dan Visi

Misi:

Memacu Masyarakat Pekebun Kecil Makmur Daripada Sumber Komoditi dan Hasil Baharu Berlandaskan Revolusi Perindustrian Digital serta Teknologi Hijau

Visi:

Menjadi Agensi Peneraju yang Berdaya Maju Untuk Kemajuan Pekebun Kecil

Dasar Kualiti

SKOP

 Program Bantuan Tanam Semula Getah dari Ansuran Pertama hingga Ansuran Akhir

DASAR KUALITI

RISDA komited untuk memberi perkhidmatan mengurus Bantuan Program Tanam Semula dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak pekebun kecil selaras dengan Piagam Pelanggan RISDA dan penambahbaikan berterusan berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.

OBJEKTIF KUALITI

Mewujudkan rasa bertanggungjawab dan komited di kalangan semua Pusat Tanggungjawab RISDA kearah meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan memenuhi kepuasa pelanggan.

Piagam Pelanggan RISDA

 1.   Kulusan Permohonan Bantuan Tanam Semula dari Tarikh Permohonan Lengkap Diterima dalam Masa 14 hari.
2.   Bayaran Ansuran Semasa dari Tarikh Kebun Diperiksa dalam masa 14 hari.
3.   Bayaran Ansuran Berturut dari Tarikh Kebun Diperiksa dalam masa 12 hari.
4.   Bekalan Baja dari Tarikh Kebun Diperiksa dalam masa 14 hari.
5.   Bekalan Benih dari Tarikh Kebun Diperiksa dalam masa 15 hari.
6.   Membuat Akuan Terima Aduan dalam tempoh 3 hari bekerja.

Anugerah Sijil Bersih Kewangan RISDA

Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Bagi Tahun Berakhir:

 Bil  Tahun Berakhir
 01  31 Disember 2002
 02  31 Disember 2005
 03  31 Disember 2006
 04  31 Disember 2007
 05  31 Disember 2008
 06  31 Disember 2009
 07  31 Disember 2010
 08  31 Disember 2011
 09  31 Disember 2012

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

    Warna Tema:  
    color black  color green  color red  color blue