any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

    Warna Tema:  
    color black  color green  color red  color blue

    RISDA Holdings Sdn Bhd (RISDA HOLDINGS)

    RISDA HOLDINGS SDN. BHD.

    RISDA Holdings Sdn. Bhd., (RHSB) ditubuhkan pada 5 April 2011 dan merupakan sebuah syarikat milikan penuh RISDA dengan modal dibenarkan sebanyak RM100 juta dan modal berbayar RM16 juta. Syarikat ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2012. Selaras dengan kelulusan penstrukturan semula Syarikat Milikan RISDA oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Kewangan pada 4 Mac 2011, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-216 pada 6 Oktober 2011 telah bersetuju untuk melantik RHSB sebagai agen mengurus Syarikat Milikan RISDA (SMR).

    Syarikat juga bertanggungjawab untuk penjajaran Pemegang Saham SMR, menyelaras syarikat untuk berkembang maju serta berdaya saing, penjajaran operasi syarikat-syarikat subsidiari, menubuhkan rancangan Pengurusan Rasionalisasi Perniagaan Subsidiari, pemusatan fungsi dan penubuhan Koperasi baru.

    Aktiviti lain yang dijalankan oleh RHSB ialah perancangan korporat, perundangan, kesetiausahaan dan pematuhan, pentadbiran dan pengurusan sumber manusia, kewangan dan audit dalam serta hal-hal berkaitan teknologi maklumat. RHSB juga merupakan penyelaras dasar bagi semua SMR.


    SYARIKAT MILIKAN RISDA DI KAWAL SELIA RHSB MENGIKUT SEKTOR

    Terdapat 13 buah SMR berada di bawah kawal selia RHSB mengikut sektor adalah seperti berikut:

    BIL. SEKTOR SMR
    1. Perladangan
    1. ESPEK Sdn. Bhd.
    2. RISDA Plantation Sdn. Bhd.
    3. ESPEK Plantation Sdn. Bhd.
    2. Input Pertanian
    1. RISDA Baja Sdn. Bhd.
    2. RISDA Semaian Dan Landskap Sdn. Bhd.
    3. RISDA Security And Services Sdn. Bhd
    3. Pengangkutan
    1. RISDA Fleet Sdn. Bhd.
    4. Pembiayaan (‘Factoring’ pinjaman perumahan, kereta dan komputer)
    1. Permodalan RISDA Berhad (PRB)
    5. Insurans
    1. Protac Insurance Brokers Sdn. Bhd.
    6. Ternakan
    1. ESPEK Livestock Sdn. Bhd.
    7. Pembangunan Aset Dan Hartanah
    1. RISDA Bina Sdn. Bhd.
    8. Pendidikan
    1. Kolej RISDA Sdn. Bhd.
    9. Catering & Majlis
    1. RISDA Catering & Event Sdn. Bhd.
    10. Kebajikan
    1. Yayasan RISDA

     

     

    MISI

    Mengembeling dan menjajar subsidiary ke arah “competitiveness and viability” dengan mengeluarkan produk dan perkhidmatan berkualiti berteraskan budaya professional dengan mengoptimumkan sumber sedia ada dan penerokaan sumber baru.

    VISI

    Pemangkin dan peneraju syarikat milikan Kumpulan RISDA ke arah syarikat berprestasi tinggi.

    OBJEKTIF

    1. Memperkemaskan aktiviti-aktiviti setiap Syarikat Milikan RISDA (SMR).
    2. Penjajaran pegangan saham SMR.
    3. Merangka dasar rancangan perniagaan untuk dijadikan panduan halatuju SMR.
    4. Mengembeling dan meneroka sumber dana pembiayaan untuk tujuan pertumbuhan SMR.
    RISDA HOLDINGS SDN. BHD. (RHSB)
    NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN EN. ZAINAL AZNI BIN ZULKIFLI 
    ALAMAT

    TINGKAT 7, GRAHA ESPEK,

    NO 31, JALAN SULAIMAN 3,

    TAMAN PUTRA SULAIMAN,

    68000 AMPANG,

    SELANGOR

    NO. TELEFON 03-4252 2888
    NO. FAKS 03-4251 8222 / 03-4251 0266
    LAMAN WEB RASMI www.risdaholdings.com.my
    EMAIL risdaholdings@risdaholdings.com.my

    RISDA Estates Sdn. Bhd. (RISDA ESTATES)

    RISDA ESTATES SDN. BHD. (RISDA ESTATES)

    RISDA ESTATES Sdn. Bhd. adalah  Kumpulan RISDA Holdings dengan modal dibenarkan sebanyak RM250 juta dan modal berbayar RM20 juta. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 11 Julai 1981 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan tujuan untuk mengurus tadbir ladang - ladang RISDA yang telah dibangunkan di bawah program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB).

    RISDA ESTATES dipertanggungjawabkan untuk menguruskan 24 buah ladang RISDA di seluruh negara dengan keluasan 47,520.00 hektar yang meliputi 35,127.29 hektar kawasan sawit matang, 297.01 hektar kawasan sawit muda dan 3,932.23 hektar kawasan yang dalam proses tanam semula. Kawasan getah pula meliputi 309.96 hektar kawasan getah muda. Selain itu,  RISDA ESTATES juga terlibat dengan pembangunan Ladang Ortet dengan keluasan 262.89 hektar.

    Dalam pengurusan kilang pula, RISDA ESTATES bertanggungjawab dalam menguruskan tiga (3) buah kilang sawit RISDA iaitu Kilang Sawit RISDA Durian Mas, Kilang Sawit RISDA Ulu Keratong dan Kilang Sawit RISDA Sg. Ambat.

    RISDA ESTATES turut juga memberikan perkhidmatan pemetaan GPS-GIS dengan mengukur dan menyediakan peta digital ladang dengan menggunakan GPS serta membina pangkalan data untuk GIS bagi tujuan memeta infrastruktur kawasan.

    Antara aktiviti lain yang dijalankan oleh syarikat ialah memberikan perkhidmatan analisa daun dan baja, perkhidmatan analisa tanah dan kajian siri tanah, perkhidmatan pemeriksaan ladang, penilaian dan kajian fisibiliti untuk pembukaan ladang sawit dan getah, perlombongan bijih besi dan penyediaan tempat latihan di Akademi RISDA ESTATES Ulu Slim dan Akademi RISDA ESTATES Keratong.

     

    akademi espek ulu slim

    Akademi RISDA ESTATES di Ladang RISDA Ulu Slim

     

    akademi espek keratong

     Akademi RISDA ESTATES di Ladang RISDA Keratong

     

    perkhidmataan pemetaan gps gis

    Perkhidmatan pemetaan GPS/GIS

     

    peta lakaran tangan gps gis peta digital gps gis

    Peta lakaran tangan dan digital

    ESPEK Research Advisori Services makmal 1

    ESPEK Research Advisori Services makmal 2

    Jabatan ESPEK Research Advisory Services (ERAS) Bangi.

    RISDA ESTATES SDN. BHD. (RISDA ESTATES)

    VISI

    Peneraju Pembangunan ladang dan pengurusan kilang di dalam negara.

    MISI

    Menguruskan semua ladang, kilang dan aset di bawah urus tadbir dengan kepakaran tenaga kerja dan sumber-sumber yang ada secara efisien, beretika dan profesional.

    OBJEKTIF

    Memastikan pulangan yang maksimum dan setanding norma industri kepada pemegang saham.

    MOTO
    "Bijak Mengurus"

    PIAGAM PELANGGAN ESPEK

    1. Laporan Hantar Sebelum 20 Hb.

    2. Bts Hantar Ke Kilang Dalam Tempoh 24 Jam

    3. Kutipan Hutang Tidak Lebih Dari 30 Hari.

    4. Bayaran Perlu Dibuat Dalam Masa 30 Hari.

    5. Gaji Pekerja Bayar Sebelum 7 Hb.

    6. Penutupan Akaun Sebelum 15 Hb.

     

    RISDA ESTATES SDN. BHD. (RISDA ESTATES) 

    NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
    EN. MOHAMMAD ZAKARIA B. ALANG ZAHARI

    ALAMAT


    RISDA ESTATES SDN. BHD.
    NO. 31, JALAN SULAIMAN 3,
    TAMAN PUTRA SULAIMAN,
    68000 AMPANG,
    SELANGOR

    NO. TELEFON 03-4270 4021
    NO. FAKS 03-4270 4022 / 03-4270 4023
    LAMAN WEB RASMI www.risdaestates.com.my
    EMAIL

    admin@risdaestates.com.my

    Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM)

    Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) merupakan sebuah  Insitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik penuh Kumpulan RISDA Holdings ditubuhkan pada tahun 1999 pada asalnya dikenali sebagai Kolej RISDA Sdn Bhd. UCAM ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan mula beroperasi pada 8 Januari 1999.

    Sejarah penubuhan UCAM bermula pada tahun 1960 yang mulanya dikenali sebagai Sekolah Latihan Getah oleh Rubber Research Institute (RRI). Pada tahun 1973, pengurusan RISDA telah mengambil alih institut tersebut dan dinamakan sebagai Sekolah Latihan RISDA. Sekolah Latihan Getah terus berkembang menjadi Institut Latihan RISDA. Ketika itu ILR berperanan sebagai institusi bagi menjalankan aktiviti latihan pengurusan dan teknikal serta program-program pengembangan kepada komuniti pekebun kecil RISDA.

    Secara rasminya pada tahun 1999, institut ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej RISDA. Setelah beroperasi selama 14 tahun, pada tanggal 8 Disember 2014 Kolej RISDA telah melakar sejarah apabila diluluskan dan dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti Agrosains Malaysia Malaysia atau singkatanya UCAM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Seiring dengan penumpuan negara dalam Program Transformasi Ekonomi terutama dalam sektor pertanian melalui inisiatif dalam memberi fokus kepada rakyat berpendapatan tinggi, UCAM menawarkan program akademik pengajian tinggi dalam bidang pertanian dan perladangan bagi generasi kedua masyarakat pekebun kecil dan luar bandar. Pengalaman 15 tahun dalam program latihan pertanian dan perladangan, UCAM kini menawarkan platform untuk program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Kemahiran, Diploma serta Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, UCAM turut menawarkan program-program dalam bidang Perakaunan, Keusahawanan, Perniagaantani, Landskap, Pengurusan Ternakan, Sains Komputer serta Kursus Kemahiran / Latihan.

    Kampus utama UCAM teletak di Alor Gajah, Melaka yang mempunyai keluasan 150 ekar yang meliputi zon Pentadbiran, Akademik, Perladangan, Kolej Kediaman serta Sukan dan Rekreasi. UCAM juga turut mempunyai 4 cawangan iaitu Kolej RISDA Semporna, Sabah yang menawarkan program-program akademik. Selain itu Pejabat Zon Tmur (Kelantan), Pejabat Zon Tengah (Pahang) dan Pejabat Zon Utara (Perak) pula beroperasi sebagai pusat latihan dalam menjalankan program-program Sijil Kemahiran Malaysia serta kursus-kursus pendek.

    UCAM bukan sahaja menyediakan program pengajian akademik yang berkualiti dan mengikut keperluan industri, malah program yang ditawarkan turut mendapat pengiktirafan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Selain itu UCAM turut diiktiraf MS ISO 9001:2008 dalam Sistem Pengurusan Kualiti serta mendapat  Penarafan 5 bintang MyQUEST (Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Sehingga kini UCAM telah melahirkan seramai lebih 7000 orang graduan dalam bidang pertanian dan perladangan amnya.

    VISI

      Menjadi Institusi Pembelajaran yang unggul bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkualiti dan kompeten.

    MISI

      Menawarkan program pengajian mengikut kehendak pasaran.
      Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian dan bidang lain yang berkaitan.
      Memberi khidmat kepada masyarakat melalui penglibatan dalam aktiviti profesional yang relevan.
     
    KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM)
    NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PN. HJH. FAIZATUL AKMAR BINTI DATO HISAN
    ALAMAT

    KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA
    LOT 2020, AYER PA’ABAS
    78000 ALOR GAJAH, MELAKA

    KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH
    LOT SHOP A21, A22 DAN A23
    BANDAR UTAMA, JALAN BUBUL,
    91308 SEMPORNA, SABAH

    KOLEJ RISDA KELANTAN
    D/A PEJABAT RISDA STESEN PASIR PUTEH
    JLN. PEGAWAI, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN

    KOLEJ RISDA PAHANG
    D/A IKPK RISDA
    PEKAN AWAH, 23000 TEMERLOH, PAHANG

    KOLEJ RISDA PERAK
    D/A IKPK RISDA
    PADANG RENGAS, 37000 KUALA KANGSAR, PERAK

    PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR
    SUITE 16 E, TINGKAT 16
    PLAZA AMPANG CITY
    JLN. AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR
    NO. TELEFON

    KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA
    06-5529227
    06-5529642

    KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH
    089-785220

    KOLEJ RISDA KELANTAN
    09-7860257

    KOLEJ RISDA PAHANG
    09-2987064

    KOLEJ RISDA PERAK
    05-7585531

    PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR
    03-42571677
    03-42572677
    NO. FAKS

    KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA
    06-5529963

    KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH
    089-785221

    KOLEJ RISDA KELANTAN
    09-7860109

    KOLEJ RISDA PAHANG
    09-2987064

    KOLEJ RISDA PERAK
    05-7584691

    PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR
    03-42534831
    LAMAN WEB RASMI www.ucam.edu.my
    EMAIL

    KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA
    admin@ucam.edu.my

    KOLEJ RISDA CAWANGAN SEMPORNA SABAH
    sabah@ucam.edu.my

    KOLEJ RISDA KELANTAN
    kelantan@ucam.edu.my

    KOLEJ RISDA PAHANG
    pahang@ucam.edu.my

    KOLEJ RISDA PERAK
    perak@ucam.edu.my

    PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR
    kl@ucam.edu.my

    Permodalan RISDA Berhad

    Aktiviti perniagaan utama PRB masakini ialah :-

    1. Mentadbir dan menguruskan pelaburan dana Komponen Tunai RTBB serta lain-lain dana milikan RISDA dan SMR
    2. Mentadbir dan menguruskan Tabung Pembiayaan RISDA meliputi Pembiayaan Perumahan, Kenderaan dan Komputer untuk semua staf RISDA
    3. Pembiayaan Peribadi untuk semua staf RISDA dan SMR
    4. Pembiayaan Pemfaktoran yang kini menjadi penyumbang utama kepada pendapatan PRB
    5. Projek-projek ICT, Multimedia dan Telekomunikasi

    VISI

    Ke arah menjadi badan korporat yang unggul dalam bidang pengurusan dana, pelaburan dan pembiayaan.

    MISI

    Mentadbir dan mengurus dana, pelaburan dan pembiayaan secara cekap dan profesional.

    OBJEKTIF

    1. Mewujudkan rancangan khusus pengukuhan Dana Komponen Tunai RTBB
    2. Menguruskan Dana Komponen Tunai RTBB
    3. Menguruskan Dana-dana RISDA
    4. Menjalankan aktiviti lain yang berfaedah
    PERMODALAN RISDA BERHAD (PRB)
    NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF HANIZA BINTI AB SHUKOR
    ALAMAT PERMODALAN RISDA BERHAD
    NO. 5-5D, WISMA AMPANG TRIANGLE I
    JALAN MEMANDA 7/1,  OFF JALAN AMPANG
    68000, AMPANG
    SELANGOR DARUL EHSAN
    NO. TELEFON 03-4256 3777
    NO. FAKS 03-4257 5480
    LAMAN WEB RASMI www.prb-risda.com.my
    EMAIL admin@prb-risda.com.my

    Protac Insurance Brokers Sdn. Bhd.

    PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD (PROTAC) telah ditubuhkan dan didaftarkan pada tahun 1972. Pada tahun 1991, Smallholders Development Corporation (SHDC) sekarang dikenali sebagai RISDA Security And Services Sdn Bhd (RSS) sebuah anak syarikat RISDA telah mengambil alih ekuiti PROTAC daripada pemilik asal melalui keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA kali ke 94 pada 30 Ogos 1990. Tujuan asal pengambil alihan ekuiti ini ialah agar PROTAC dapat menguruskan keperluan insurans bagi RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings.

    Selain daripada menguruskan keperluan insurans RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings, PROTAC juga telah meluaskan perkhidmatannya ke Kementerian Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan.
    PROTAC adalah merupakan sebuah broker insuran yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Buat masa ini PROTAC memiliki Lesen Broker Insurans Dan Lesen Broker Takaful.

    VISI DAN MISI

    Menyediakan perkhidmatan broking insurans dan pengurusan risiko yang terbaik kepada pelanggan dan pengurusan risiko dengan menawarkan produk insurans yang berkualiti berdasarkan kos yang kompetitif memenuhi janji kami menyelesaikan semua tuntutan dengan cepat, adil dan saksama. Falsafah kami adalah “Pelanggan Sentiasa Diberi Keutamaan”.

    PROTAC INSURANCE BROKERS SDN. BHD. (PROTAC)
    NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. ALZAFRY BIN ABU BAKAR
    ALAMAT IBU PEJABAT PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD
    WISMA PROTAC,
    NO. 35, JALAN MAMANDA 7, AMPANG POINT,
    68000 AMPANG, SELANGOR
    ALAMAT CAWANGAN

    PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD (KEDAH)
    TINGKAT 2, BANGUNAN RISDA NEGERI KEDAH,
    JALAN TELOK WANJAH,
    05990 ALOR SETAR, KEDAH

    PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD (MELAKA)
    TINGKAT 2, BANGUNAN RISDA NEGERI MELAKA,
    36, JALAN TUN SRI LANANG,
    75100 MELAKA
    NO. TELEFON

    IBU PEJABAT:
    03-4251 1635
    03-4251 1636

    CAWANGAN KEDAH:
    04-730 5622

    CAWANGAN MELAKA:
    06-281 3735
    NO. FAKS IBU PEJABAT:
    03-4251 2381
    03-4257 0627
    LAMAN WEB RASMI  www.protac.com.my
    EMAIL contact@protac.com.my

    RISDA Ventures Sdn. Bhd.

    RISDA Ventures Sdn Bhd (RVSB) atau dulu dikenali sebagai RISDA Baja Sdn. Bhd. adalah Kumpulan RISDA Holdings dan bertanggungjawab untuk menyedia dan membekal baja sebatian kepada pekebun kecil yang menyertai Program Tanam Semula dan Program Peningkatan Produktiviti Getah. Syarikat ini telah ditubuhkan menggunakan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Kilang Sawit RISDA Sdn Bhd (KKSR).

    Selaras dengan peranan baru ini, RBSB telah menetapkan visi untuk menjadi sebuah syarikat terunggul dalam pembekalan baja sebatian kepada pekebun kecil di negara ini. Untuk itu misi RBSB adalah untuk memberi kepuasan kepada pekebun kecil dengan membekal baja yang berkualiti dengan harga yang terbaik pada masa yang diperlukan.

    Syarikat juga menjalinkan hubungan kerjasama erat dengan Konsortium Baja Nasional (KBN) dalam menguruskan segala aktiviti pembekalan baja untuk keperluan RISDA. Selain itu, syarikat menyediakan serta mewujudkan hubungan perniagaan stokis baja dengan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) di semua kawasan strategik dan meluaskan kawasan perniagaan dengan melahirkan usahawan baru di kalangan pengusaha / peniaga baja khususnya pekebun kecil.

    VISI

    Menjadi pembekal baja pekebun kecil terunggul di negara.

    MISI

    Menentukan supaya pekebun kecil mendapat baja berkualiti pada masa diperlukan dengan harga yang terbaik.

    OBJEKTIF

    Memastikan pekebun kecil ;

    1. Dibekalkan baja berkualiti
    2. Ditawarkan harga baja terbaik
    3. Dibekalkan baja tepat pada masa

    baja

    RISDA VENTURES SDN. BHD. (RVSB)
    NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. ABD RAHIM BIN HASHIM
    ALAMAT

    RISDA BAJA SDN BHD
    E6-1, JALAN SELAMAN ½,
    DATARAN PALMA,
    68000, AMPANG,
    SELANGOR.

    NO. TELEFON 03-42702737, 03-42702741, 42701445
    NO. FAKS 03-42702752
    LAMAN WEB RASMI www.risdaventures.com.my
    EMAIL info@risdaventures.com.my

    RISDA Plantation Sdn Bhd

    RISDA Plantation adalah  Kumpulan RISDA Holdings yang telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1996. RISDA Plantation ditubuhkan bertujuan mengurus kebun kecil secara komersial dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti huluan dan hiliran.

    AKTIVITI UTAMA SYARIKAT

    1. Mengurus tanah atau ladang milik pekebun kecil dan agensi Kerajaan dalam bentuk Tanam Semula Komersial (TSK), dan ladang milik swasta;
    2. Pengestetan Kawasan Matang (PKM) dan Mini Estet (ME) yang ditanam dengan getah dan sawit;
    3. Mengurus ladang getah atau sawit yang dimiliki syarikat;
    4. Mengurus pemasaran hasil getah dan sawit bagi kawasan yang diurus; dan
    5. Melaksanakan perkhidmatan kontrak kerja-kerja pembangunan kawasan, penyelenggaraan dan kutipan hasil getah dan sawit.

    VISI

    Sebagai peneraju pembangunan tanah pekebun kecil dan perladangan yang berdaya maju dan berdaya saing.

    MISI

    Mengurus kebun kecil dan ladang secara komersial dan kompetitif serta terlibat dalam aktiviti huluan dan hiliran yang berkaitan.

    STRATEGI KORPORAT

    1. Memfokus kepada aktiviti teras perniagaan syarikat untuk memaksimakan perkhidmatan kepada pekebun kecil.
    2. Mengembangkan aktiviti utama syarikat melalui pemilikan ladang dan aset lain.
    3. Membudaya dan melengkapkan pengetahuan staf ke tahap profesionalisma yang unggul dan budaya kerja cemerlang.
    4. Membangun dan meningkatkan penggunaan teknologi maklumat, kajian dan pembangunan.

    OBJEKTIF KORPORAT

    1. Menguruskan tanah pekebun kecil dan ladang dengan Amalan Pertanian Baik setanding dengan pengurusan estet swasta.
    2. Mengawal kos pengeluaran supaya setanding dengan norma industri.
    3. Mengurus pembangunan dan pengeluaran hasil tanah pekebun kecil secara pengestetan komersial khususnya bagi pemilik tanah yang lanjut usia dan tinggal jauh dari tanahnya.
    4. Meluaskan kawasan diurus kepada tanah milik agensi kerajaan dan swasta.
    5. Memasarkan hasil komoditi secara cekap dan efisyen.
    6. Menceburi aktiviti hiliran yang berkaitan.
    7. Mengurustadbir syarikat dengan pertumbuhan untung kasar pada kadar sekurang-kurangnya 5% setahun.
    8. Memberi pulangan dividen yang baik kepada peserta.
    9. Memberi pulangan dividen kepada pemegang saham pada kadar minimum 5% setahun.
    RISDA PLANTATION SDN. BHD. (RPSB) 
    NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. MOHAMAD ARIF BIN ISMAIL
    ALAMAT GRAHA RISDA PLANTATION UNIT J,
    EXCELLA BUSINESS PARK,
    JALAN AMPANG PUTRA,
    AMPANG HILIR,
    PETI SURAT 13543,
    50814 KUALA LUMPUR
    NO. TELEFON 03-4270 5104
    NO. FAKS 03-4270 5204
    LAMAN WEB RASMI www.risdaplantation.com.my
    EMAIL admin@risdaplantation.com.my

    RISDA Semaian dan Lanskap Sdn. Bhd. (RSSB)

    RISDA Semaian & Landskap Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 31 Julai 1979 dan dimiliki sepenuhnya oleh RISDA, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sektor pekebun kecil di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). RISDA Semaian berstatus bumiputra mula ditubuhkan untuk menyedia dan membekalkan anak-anak benih getah dan kelapa sawit kepada pekebun kecil yang menyertai rancangan tanam semula RISDA.

    Bagi mengekalkan pertumbuhan jangka panjang dan kesinambungan peluang perniagaan, RISDA Semaian telah menceburi dalam bidang-bidang kerja pengurusan ladang, perlandskapan (merekabentuk, pembangunan & penyelenggaraan), Kerja-kerja sivil, pembersihan (cleaning services) dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.

    BENIH GETAH

    RISDA Semaian menyediakan anak benih getah dari berbagai klon yang bermutu tinggi dan terbukti di lapangan seperti PB 260, PB 350, RRIM 928, RRIM 929, RRIM 2001, RRIM 2002, RRIM 2025 dan RRIM 3001. Pengeluaran anak benih selain daripada klon-klon tersebut adalah bergantung kepada permintaan.

    Benih getah yang disediakan adalah terdiri daripada:

    1. Benih Cantuman Muda Polibeg (BCMP)
    2. Benih Tunggul Cantum Biasa (TCB)
    3. Benih Tunggul Cantuman Polibeg (TCP)
    4. Advance Planting Material (APM)

    BENIH SAWIT

    RISDA Semaian & Landskap Sdn Bhd menyediakan anak benih sawit DxP dari sumber yang disahkan ketulenannya dan bermutu tinggi. Tapak-tapak  semaian kami diuruskan secara professional dan mendapat pengiktirafan MPOB melalui skim persijilan kewibawaan tapak semaian atau “Code Of Good  Nursery Practice for Oil Palm Nursery” (CoPn).

    LANDSKAP & KERJA SIVIL

    RISDA Semaian adalah sebuah syarikat yang memegang lesen PKK kelas ‘A’ dan berdaftar dengan CIDB dibawah kelas ‘G7’. Ia mula berkecimpung dalam bidang landskap sejak tahun 1996 di mana kami merupakan antara kontraktor landskap yang terawal terbabit di dalam pembangunan Putrajaya.

    Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

    1. Khidmat rekabentuk
    2. Pembangunan & penyelenggaraan landskap
    3. Pindah alih pokok
    4. Kerja-kerja sivil
    5. Pusat jualan
    6. Landskap dalaman
    7. Hiasan pentas

    Pengurusan Ladang

    RISDA Semaian mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan dan pengurusan ladang. Ladang-ladang getah mulanya dibangunkan dalam tahun 1959 dan kini RISDA Semaian menguruskan pula ladang-ladang sawit. Dengan melaksanakan amalan pertanian dan pengurusan yang baik, ladang sawit yang diuruskan telah mengeluarkan hasil lumayan sehingga 42 tan sehektar setahun.

    Perkhidmatan yang ditawarkan adalah :

    1. Pembangunan dan pengurusan ladang (replanting).
    2. Pembekalan benih getah dan sawit.
    3. Pengurusan ladang diperingkat pengeluaran hasil.
    4. Kontraktor membekal pekerja seperti penoreh dan penuai.

    VISI

    Menjadi peneraju dalam bidang semaian dan landskap.

    MISI

    Mengeluarkan produk semaian dan landskap berkualiti dengan tenaga mahir yang profesional.

    OBJEKTIF

      Melatih tenaga mahir profesional menghasilkan produk berkualiti memaksimumkan pengeluaran dan meminimumkan kos.

    RISDA SEMAIAN & LANDSKAP SDN. BHD. (RSSB)
    NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TN. HJ. MAD JAIS BIN CHE YEM
    ALAMAT RISDA SEMAIAN & LANDSKAP SDN. BHD.
    NO. 8 JALAN WAWASAN 2/12,
    BANDAR BARU AMPANG,
    SELANGOR.
    NO. TELEFON 03-42701911
    NO. FAKS 03-42701922
    LAMAN WEB RASMI www.risdasemaian.com.my
    EMAIL semaian1@risdasemaian.com.my

    RISDA Security & Services Sdn Bhd

    RISDA Security And Services Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 22 April 1978 sebagai Kumpulan RISDA Holdings dengan modal dibenarkan sebanyak RM10,000,000. Sebelum ini syarikat lebih dikenali sebagai Smallholders Development Corporation Sdn. Bhd. (SHDC). Pada 26 Jun 2014, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-235 telah meluluskan cadangan pertukaran nama SHDC kepada RISDA Security And Services Sdn. Bhd. RSS menjalankan beberapa aktiviti terpilih di mana bidang pembangunan hartanah, pengurusan hartanah dan perdagangan am merupakan perniagaan teras di samping bergiat cergas dalam aktiviti kawalan keselamatan.

    Mulai tahun 2002, RSS telah menjadikan aktiviti pembangunan hartanah sebagai perniagaan utamanya. Sebelum ini RSS hanya terlibat sebagai Project Management Consultant (PMC) bagi projek dalaman RISDA tetapi sekarang telah mula terlibat dalam pembinaan secara terus iaitu sebagai Kontraktor. Projek pertama yang dilaksanakan ialah Pembangunan Pusat Latihan RISDA Port Dickson, Negeri Sembilan.

    RSS masih meneruskan tanggungjawabnya melaksanan tugas-tugas pengurusan hartanah RISDA di seluruh negara yang telah dijalankan semenjak tahun 1992. Pengurusan hartanah ini meliputi harta-harta berbentuk tanah milik RISDA, bangunan-bangunan pejabat samada Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah. Jabatan ini juga menjalankan aktiviti penyelenggaran sama ada secara terus atau pun melalui khidmat perunding kepakaran teknikal. Perkhidmatan penyenggaran ini tidak tertumpu kepada hartanah RISDA tetapi juga terbuka kepada pasaran luar.

    Bahagian Keselamatan RSS telah ditubuhkan pada 1 Jun 1990. Perkhidmatan ini khusus ditawarkan kepada syarikat Induk iaitu RISDA dan anak-anak syarikat RISDA. Ini adalah selaras dengan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri yang memberi kebenaran terhad untuk menjalankan urusan perkhidmatan kawalan menjaga harta benda sendiri.

    Satu lagi aktiviti yang dilaksanakan oleh RSS adalah Perdagangan Am. RSS mempunyai pengalaman luas di dalam aktiviti ini semenjak tahun 1980 dan bergerak cergas secara komersil. Setakat ini RSS telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk bekalan barangan bagi 24 bidang. Di antara bidang urusniaga yang aktif ialah pembekalan kenderan, jentera ladang, makanan mentah dan siap, input pertanian dan peralatan pejabat.

    VISI

    Peneraju khidmat keselamatan dan pengurusan sewaan hartanah.

    MISI

    Menyediakan khidmat pengawal keselamatan dan pengurusan sewaan hartanah yang lebih komited dan berinovasi demi kepuasan pelanggan dengan aduan sifar.

    OBJEKTIF SYARIKAT

    1. Meluaskan khidmat pengawal keselamatan kepada pasaran terbuka dengan mengambil lesen komersial.
    2. Memastikan pembayaran sewaan hartanah RISDA mengikut jadual yang ditetapkan.
    3. Memperkasakan khidmat pengawal keselamatan dengan pengambilan pengawal yang lebih teratur mengikut ketetapan KDN.
    RISDA SECURITY AND SERVICES SDN. BHD. (RSS)
    NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. SAIDI BIN ATAN
    ALAMAT

    RISDA SECURITY & SERVICES SDN. BHD. (IBU PEJABAT)
    NO. B11, JALAN AMPANG UTAMA 2/2,
    ONE AMPANG AVENUE,
    OFF JALAN AMPANG,
    68000 AMPANG,
    SELANGOR.

    RSS CAWANGAN TIMUR
    TINGKAT 2, PEJABAT RISDA NEGERI PAHANG
    LOT 7876, JALAN HAJI JUNID
    25200 KUANTAN
    PAHANG DARUL MAKMUR

    RSS CAWANGAN UTARA
    TINGKAT 2, PEJABAT RISDA NEGERI KEDAH
    JALAN TELUK WANJAH
    05200 ALOR SETAR
    KEDAH DARUL AMAN
     
    RSS CAWANGAN SELATAN
    TINGKAT 2, PEJABAT RISDA NEGERI MELAKA
    JALAN TUN SRI LANANG
    75100 MELAKA
    NO. TELEFON

    RSS IBU PEJABAT
    03-42576340
    03-42576123
    03-42534395
    03-42534396

    RSS CAWANGAN TIMUR
    09-5133463

    RSS CAWANGAN UTARA
    04-7303127

    RSS CAWANGAN SELATAN
    06-2847136
    NO. FAKS

    RSS IBU PEJABAT
    03-42576322

    RSS CAWANGAN TIMUR
    09-5133463

    RSS CAWANGAN UTARA
    04-7303127

    RSS CAWANGAN SELATAN
    06-2847136
    LAMAN WEB RASMI www.risdasecurity.com.my
    EMAIL rss@risdasecurity.com.my

    RISDA Fleet Sdn Bhd

    RISDA Fleet Sdn. Bhd. adalah Kumpulan RISDA Holdings yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan telah diperbadankan pada 1 Februari 2002, usahasama RISDA dan National Rubber Smallholders Corperative Berhad (NARSCO) dengan pegangan saham sebanyak 70% (RISDA) dan 30% (NARSCO). RFSB ditubuhkan dengan tujuan menjadikan salah sebuah syarikat pengendali pengangkutan yang utama, berdaya saing di peringkat negara dan juga antarabangsa.

    Syarikat turut melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan bengkel baikpulih kenderaan secara komersil dan efisyen. Selain itu, syarikat juga mempunyai kepakaran dan keupayaan dalam membekalkan baja, benih dan input pertanian kepada pelanggan ke seluruh semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

    Syarikat berhasrat untuk menjadi "Market Leader" di dalam industri pengangkutan lori kargo, lori rigid dan lori tangki dengan meraih pendapatan tidak kurang daripada RM100 juta setahun menjelang tahun 2020.

    VISI

      Menjadi sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang unggul, berinovatif serta berdaya saing dalam industri pengangkutan perdagangan negara.

    MISI

      Untuk membangunkan sebuah syarikat pengangkutan dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti, cekap, tepat, selamat, kompetitif serta memenuhi citarasa pelanggan secara berterusan.

    RISDA FLEET SDN. BHD. (RFSB)
     NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. HAZARUDIN BIN HAMZAH
     ALAMAT RISDA FLEET SDN. BHD.
    NO. 47, JALAN KAMPUNG PANDAN,
    56100 KUALA LUMPUR,
    WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
     NO. TELEFON 03-92860100
    03-92860200
    03-92860400
    NO. FAKS 03-92860500 (Operasi)
    03-92001425 (Kewangan)
    03-92001426 (Pentadbiran & PSM)
    LAMAN WEB RASMI www.risdafleet.com.my
    EMAIL rfsbhq@risdafleet.com.my

    YAYASAN RISDA

    Yayasan RISDA atau ringkasannya YR adalah merupakan Kumpulan RISDA Holdings telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-224 pada 21 Februari 2013. Setelah melalui beberapa peringkat penilaian dan kelulusan, YR akhirnya telah diperbadankan secara rasmi mulai 22 Disember 2015.

    OBJEKTIF PENUBUHAN

    1. Untuk mengurus dan mentadbir dana untuk faedah dan kebajikan pekebun kecil, warga RISDA dan warga Kumpulan RISDA Holdings (KRH) termasuk keluarga terdekat masing-masing, pesara-pesara RISDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya melalui latihan dan pendidikan, pembangunan sukan dan kesihatan, rangsangan sosio ekonomi dan kebudayaan serta peruntukan kemudahan tambahan.
    2. Untuk mewujud dan menyediakan dana kepada golongan miskin, kelainan upaya, anak yatim, anak-anak terbiar dan ibu tunggal melalui peruntukan dalam bentuk derma, bantuan kewangan dan kemudahan yang perlu serta mengwujudkan inisiatif, program serta skim sokongan.
    3. Menyelaraskan Program Dan Inisiatif untuk penyaluran bantuan sebagai usaha mengurangkan dan merapatkan jurang kemiskinan dan kelaparan serta bantuan kepada mangsa bencana alam.

    VISI

    Menjadi Peneraju Kepada Kesejahteraan Komuniti RISDA Dan Luar Bandar.

    MISI

    1. Menyedia dan menyelaras dana serta bantuan ke arah peningkatan kesejahteraan komuniti RISDA dan luar bandar.
    2. Bertindak sebagai wahana penyaluran bantuan, kemudahan dan kesedaran kepada komuniti RISDA dan luar bandar.

    BANTUAN YANG DISEDIAKAN OLEH YAYASAN RISDA

          1. SKIM INSENTIF PELAJAR UCAM
          2. SUBSIDI MAKANAN UCAM
          3. DERMASISWA PELAJAR UCAM
          4. SKIM BANTUAN PESAKIT KRONIK 

    1. YAYASAN RISDA (YR)
      NAMA PEGAWAI EKSEKUTIF EN. WAN MOHD HAFIZ BIN WAN IBRAHIM
      ALAMAT

      Yayasan RISDA
      Aras 1, Bangunan Ibu Pejabat RISDA
      Jalan Ampang,

      50990 Kuala Lumpur

      NO. TELEFON 010 - 659 0062
      NO. FAKS ****
      LAMAN WEB RASMI http://www.yayasanrisda.org
      EMAIL yayasanrisda@gmail.com

    RISDA Livestock Sdn Bhd

    RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) adalah Kumpulan RISDA Holdings (KRH) melalui pegangan saham oleh RISDA Estates Sdn. Bhd.

    RLSB yang telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam industri penternakan negara adalah pengasas pengurusan ternakan secara integrasi yang utama dalam Malaysia. Pengurusan yang di gabungkan dengan pengurusan ladang untuk menghasilkan baka lembu yang bermutu dan menjadi nadi pengeluar terunggul baka lembu di Malaysia.

    RLSB  mula beroperasi pada tahun 1999 dengan teras perniagaan yang meliputi ternakan lembu secara integrasi sawit di ladang-ladang RISDA. Ternakan diternak di ladang RISDA  kini berjumlah 10,000 ekor dijangka dapat mengeluarkan 2500 ekor ternakan bermutu tinggi kepada pasaran ruminan negara.

    Kini, RLSB mengorak langkah dalam memajukan perniagaan dengan pengeluaran produk hiliran berasaskan daging berjenama Chekoley. Produk Chekoley akan dipasarkan di  pelbagai rangkaian pasaraya tempatan serta di eksport ke luar negara khususnya di Timur Tengah.

    VISI
    Menjadi peneraju utama dalam industri penternakan lembu pedaging di Malaysia.

    MISI
    Mengoptimum penggunaan sumber melalui penternakan lembu secara integrasi di ladang sawit, menguasai teknologi terkini dalam pemeliharaan lembu fidlot bagi penghasilan lembu berkualiti dan terlibat dalam aktiviti huluan dan hiliran di dalam rantaian bekalan industri daging bagi kelestarian syarikat.

    OBJEKTIF
    a. Menternak 10,000 ekor lembu secara integrasi dengan 6,000 ekor induk produktif di ladang.
    b. Mengeluarkan 6,000 ekor lembu fidlot yang berkualiti setahun.
    c. Mengeluarkan 3,000 metrik tan baja organik ruminan setahun.
    d. Meningkatkan daya saing bagi menguasai segmen hiliran pasaran dalam industri- kedai daging, makanan ternakan dan
         pengeluaran hasil daging seperti daging perap, sosej, bebola daging dan lain-lain.
    e. Mengeluarkan mineral blok berkualiti tinggi untuk kegunaan industri ternakan tempatan.

    RISDA LIVESTOCK SDN. BHD.
    NAMA PENGURUS OPERASI EN. SYED KUDRI BIN TUAN DALAM
    ALAMAT RISDA ESTATE 2, NO. 39-2,
    JALAN SULAIMAN 3,
    TAMAN PUTRA SULAIMAN,
    68000 AMPANG,
    SELANGOR DARUL EHSAN.
    NO. TELEFON 03-4270 6939
    NO. FAKS 03-4270 1073
    LAMAN WEB RASMI www.risdalivestock.com
    EMAIL admin@risdalivestock(dot)com

    RISDA Agro Sdn Bhd

    RISDA Agro Sdn. Bhd (RASB) adalah  Kumpulan RISDA Holdings (KRH) melalui pegangan saham oleh RISDA Estates Sdn. Bhd. RASB adalah syarikat bumiputera sepenuhnya yang telah beroperasi lebih 10 tahun. Ditubuhkan pada 29 Januari 2008, asalnya beroperasi dengan menggunakan nama ESPEK Sarawak Sdn. Bhd. RASB memangkinkan industri pertanian dengan memfokuskan dalam bidang tuaian dan angkut, pembangunan ladang, pemasaran komoditi, penyelenggaraan ladang, kontrak am dan bekalan input pertanian. Kini, RASB menuju ke arah menjadi sebuah syarikat pemborong kerja-kerja perladangan yang berwibawa, komprehensif dan kompetetif di Malaysia.

    VISI
    Memastikan pulangan maksima kepada pemegang saham.

    MISI
    Menjalankan kerja perkhidmatan & bekalan dalam sektor perladangan dan perkilangan sawit dengan professional, efisien & kompetitif.

    OBJEKTIF
    Menjadi sebuah syarikat pemborong kerja-kerja perladangan yang berwibawa, komprehensif & kemppetitif di Malaysia.

    RISDA AGRO SDN. BHD. (RASB)
    NAMA PENGURUS OPERASI EN. MAT DAUT BIN AZIZ
    ALAMAT NO.37-1 & 39-1, TINGKAT 1, RISDA ESTATES 2,
    JALAN SULAIMAN 3, TAMAN  PUTRA  SULAIMAN,
    68000  AMPANG,   SELANGOR   DARUL  EHSAN.
    NO. TELEFON 03-4270 4565
    NO. FAKS 03-4285 3778
    LAMAN WEB RASMI risdaagro.com.my
    EMAIL risdaagro.com.my

    RISDA Bina Sdn Bhd

    RISDA BINA SDN. BHD. (RISDA BINA) telah ditubuhkan pada 26 Ogos 1993 sebagai syarikat pemaju hartanah.   RISDA BINA adalah Kumpulan RISDA Holdings sepenuhnya yang mempunyai modal berbayar sebanyak RM2,020,000 dan Modal dibenarkan sebanyak RM5,000,000.

    Objektif utama penubuhan RISDA BINA adalah sebagai SMR yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti tanah tanah RISDA yang berpotensi untuk dibangunkan secara komersil dan juga hartanah lain yang berpotensi.

    RISDA BINA adalah kontraktor Kelas G7 yang berdaftar dengan CIDB yang turut aktif dalam kerja kejuruteraan Sivil.

    VISI
    Peneraju pembangunan hartanah utama.

    MISI
    Membangunkan hartanah yang mempunyai potensi pasaran dan melibatkan diri dalam projek kejuruteraan serta mempelbagaikan aktiviti hiliran.

    OBJEKTIF

    • Meneraju pembangunan tanah-tanah RISDA yang berpontensi.
    • Meneroka peluang-peluang pembangunan hartanah selain tanah RISDA.
    • Mengoptimumkan hasil syarikat dengan melibatkan diri di dalam bidang kejuruteraan.
    • Mengenalpasti dan mempelbagaikan aktiviti syarikat dengan menyertai projek-projek hiliran.
    RISDA BINA SDN. BHD. (RBINA)
    NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN RHSB EN. ZAINAL AZNI BIN ZULKIFLI (CARETAKER)
    ALAMAT GRAHA ESPEK 2,
    39-3 JALAN SULEIMAN 3,
    TAMAN PUTRA SULAIMAN,
    68000 AMPANG,
    SELANGOR DARUL EHSAN.
    NO. TELEFON

    03-4270 6611
    03-4270 4708

    NO. FAKS 03-4270 6190
    LAMAN WEB RASMI www.risdabina.com.my
    EMAIL admin@risdabina.com.my

    PRB Grid Technology Solution Sdn Bhd

    PRB Grid Technology Solutions Sdn Bhd (PRB GTS), atau dahulunya dikenali sebagai PRB Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 24 September 1996. Pada tahun 2017, PRB GTS melangkah ke bidang ICT dengan tumpuan utama pada penyewaan Pusat Data dan penjualan pelayan.

    PRB GTS telah dilantik sebagai pengedar pelayan berteknologi tinggi (hiperpenumpuan) bagi jenama HyperGrid™ di negara-negara ASEAN, dan terlibat dalam penjualan dan pemasaran Internet Data Center Hosting serta menyediakan pelbagai perkhidmatan dan jualan dalam ICT (Syarikat Penyelesaian Menyeluruh) dengan tumpuan kepada sektor kerajaan dan swasta.

    PRB GTS kini mempunyai dua pusat data di:
    ● Menara AIMS, Kuala Lumpur
    ● Bangunan SACOFA, Sarawak

    PRB GRID TECHNOLOGY SOLUTION SDN BHD
    NAMA KETUA JABATAN EN. ZAILANI BIN AHMAD
    ALAMAT

    NO. 5-5D, WISMA AMPANG TRIANGLE I,
    JALAN MEMANDA 7/1,
    OFF JALAN AMPANG,
    68000 AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN.

    NO. TELEFON

    03-4256 3543

    NO. FAKS 03-4257 5480
    LAMAN WEB RASMI www.prb-gts.com
    EMAIL  -