Perutusan Pengarah

 hazarudin

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Alhamdulillah dengan rahmat limpah kuniaNya dapat kita memanfaatkan kemudahan laman web ini sebagai medium saluran maklumat dan informasi terkini.

Berpaksikan slogan “Mengukuhkan Pengurusan, Menyokong Pembangunan”, Bahagian Pentadbiran komited menyediakan perkhidmatan yang efisien, cekap dan teratur kepada semua stakeholder RISDA. Diperkasakan menerusi fungsi-fungsi utama seperti Khidmat Sokongan dan Logistik, Pengurusan Aset, Inovasi dan Kualiti, Keselamatan dan Pengurusan Rekod. Bahagian ini disokong dengan modal insan yang menitik beratkan pencapaian KPI berasaskan prinsip beat the deadline dengan penuh berintegriti dan kompeten.

Fokus tahun 2024 adalah memastikan RISDA memperoleh pensijilan MS ISO 9001:2015. Cabaran utama adalah selepas memperoleh pensijilan adalah memastikan warga RISDA dapat membudayakannya ke arah meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan memenuhi kepuasan pelanggan dalaman dan luaran RISDA.

Kami percaya dan yakin RISDA mampu melahirkan generasi warga yang terbilang menerusi perkhidmatan dan kemudahan yang cemerlang berlandaskan motto ‘To Serve and To Deliver’. Semoga dengan maklumat yang bermanfaat ini dapat dikongsi dan dibudayakan oleh semua Pihak yang mengunjungi Portal RISDA.

Sekian, terima kasih.
 
Pengarah
Bahagian Pentadbiran 

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

    Warna Tema:  
    color black  color green  color red  color blue