Perutusan Pengarah

AHMAD ZAINAL02

 

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmat Nya dapat kita bersama-sama melayari Laman Web RISDA ini serta mengaplikasikan penggunaan Laman Web yang serba canggih dan informatif ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin berkembang pada masa kini.

Dalam memastikan penwujudan sistem penyampaian atau “Delivery System” yang berkesan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) berperanan untuk mewujudkan tata kelola yang baik dalam pengurusan sumber manusia. Selain itu, BPSM sentiasa melaksanakan inisiatif dan mekanisma yang berkesan bagi memenuhi kehendak ‘stakeholder’ dan pelanggan.

BPSM berfungsi dalam merancang untuk mengenal pasti sumber manusia mengikut keperluan dan melaksanakan secara berterusan program pembangunan sumber manusia bagi meningkatkan kompetensi dan kemajuan kerjaya pegawai dan kakitangan RISDA. BPSM juga memikul tanggungjawab dalam melaksanakan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia yang efisien bagi membantu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian sepertimana yang telah digariskan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12) iaitu usaha untuk mengukuhkan sektor awam, memberikan komitmen padu kepada semua pihak dalam memastikan kecekapan, integriti, dan ketelusan yang lebih baik seiring hasrat kerajaan mensasarkan sektor penjawat awam berprestasi tinggi. Visi bahagian ini adalah untuk “Menjadi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang Komited dan Professional” serta Misi bahagian adalah “Menyediakan Sumber Manusia yang Kompeten dan Efisien”.

Justeru, BPSM menaruh sepenuh keyakinan dengan segala usaha berterusan yang telah dilaksanakan dalam menambah baik tadbir urus pengurusan sumber manusia di RISDA. Iltizam ini akan mampu menjelmakan satu kesan yang positif kepada pegawai dan kakitangan di RISDA serta kejayaan kepada organisasi RISDA itu sendiri bagi mengukuhkan pengurusan dan menyokong pembangunan berlandaskan kepada motto Bahagian iaitu “Modal Insan Aset Utama RISDA”

Pengarah

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

 

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

    Warna Tema:  
    color black  color green  color red  color blue