Perutusan Pengarah

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang melayari laman web rasmi RISDA.

Selaras dalam membuka ruang agar pekebun kecil lebih bersifat dinamik, inovatif dan bekebolehan untuk meningkatkan pendapatan selain daripada aktiviti perladangan, RISDA melalui Bahagian Pembangunan Usahawan telah merangka Model Pembangunan Keusahawanan RISDA yang lebih sistematik dan berfokus yang dinamakan sebagai ‘Roadmap Usahawan RISDA’

Model Pembangunan Keusahawanan RISDA meliputi Entry Point Project (EPP), Pengembangan Perniagaan (P1) dan Pemasaran (P2).  Model Pembangunan ini akan disokong Program Pembangunan Usahawan seperti sistem tapisan permohonan (e-rekrutmen) serta Program Bimbingan dan Latihan Keusahawanan RISDA.  Keseluruhan pelaksanaan model pembangunan ini akan dipantau melalui Sistem Penyampaian Keusahawanan RISDA (REDS 2.0) dalam memastikan keberkesanan impak terutamanya dari segi pendapatan kepada usahawan pekebun kecil.

Diharapkan dengan pelaksanaan Model Pembangunan Keusahawanan RISDA ataupun ‘Roadmap Usahawan RISDA’ usahawan pekebun kecil mampu mencapai pendapatan sekurang-kurangnya RM 2,500.00 sebulan sekeluarga daripada sumber keusahawanan atau RM 4,500.00 sebulan sekeluarga untuk keseluruhan pendapatan  selaras dengan objektif RISDA menjelang 2025.

Leap beyond limits’
‘Menjana Usahawan Global’

 

MD NAJIP BIN ISHAK
Pengarah
Bahagian Pembangunan Usahawan

 

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

    Warna Tema:  
    color black  color green  color red  color blue